Hey Yaw People ! Welcome To My Official Blog . by - Nur Hakim Roslan . ☺

cursor

Tuesday, October 18, 2011

Apa Itu Cinta ?

" cinta .. apa benda tu ? "

itu lah soalan yang aku tanya pada diri aku sendiri sebelum aku membuka pintu hati aku ni untuk seseorang . faham maksud jeaa tak bermaksud yang aku dah faham betul betul apa itu cinta selepas aku mencuba untuk mencintai seseorang perempuan . cinta tu bukan sahaja tentang kegembiraan , tapi tentang kesedihan , kesakitan dan juga kehilangan . orang dulu dulu selalu cakap , cinta yang senang datang tu takkan kekal lama tetapi hanyalah untuk sementara . tapi aku dah buktikan yang kata kata dorang tu salah . tak salah kalau kita ni senang memperolehi cinta seseorang kan ? memang seronok bila bercinta . seronok sampai tak ingat dunia . tapi bila putus cinta , semuanya jadi opposite . perasaan sayang akan jadi benci dan kegembiraan akan jadi kedukaan . sakit hati tu tak payah cakap lah kan . even aku sendiri pun dah rasa . sakit nak mampus . sebab apa aku cakap sakit nak mampus ? only one reason , sakit hati ni takda ubat . kan ? tapi ada sesetengah manusia , mereka tidak mudah putus asa untuk terus mencintai seseorang itu sehingga mereka sanggup menunggu orang itu bertahun tahun lamanya . menunggu seseorang itu tidak bermaksud yang orang itu akan menerima kita kembali . tetapi manusia yang setia begini bukan mudah untuk kita perolehi atau dicari . cinta yang macam inilah yang kita semua cari kan ? setiap orang ada cinta sejati masing masing . so aku harap kita semua dapat menghargai cinta dari seseorang tu . janganlah hampakan atau mengecewakan dorang . mungkin korang suka mempermainkan hati dan perasaan orang lain . tapi ingatlah , tuhan itu Maha Adil . setiap perbuatan kita ni ada balasannya . jangan rasa seronok sebab dapat mempermainkan perasaan orang . dosa kita dengan tuhan tu mudah untuk mendapatkan keampunan dari-Nya . tapi dosa sesama manusia , bukan mudah untuk mendapatkan keampunan . jika manusia itu berkata bahawa dia tidak akan memaafkan dosa kita sampai bila bila , maka susahlah laa hidup kita dikemudian hari kerana diselubungi  penyesalan yang tiada kesudahan sehingga kita mati . tolonglah hargai orang yang mencintai kita selagi dia masih ada disisi . 

aku harap satu hari nanti orang tu dapat menerima aku dengan jujur dan ikhlas . (:




No comments:

Post a Comment